Monday 29 June 2015

BELAJAR VS BEKERJA

Assalamualaikum semorang.

Student : Tak sabar nak habis study. Nk kerja, nak pegang duit sendiri, nak berjoli sakan. Malas nak hadap esaimen bertimbun ni, malas nak hadap lecturer, malas nk stress smpai kena stay up.



Worker : Menyampah nya kerja bawah org ni. Tak kena maki dgn bos, kena carut dgn client. Nk resign la macam ni.



Bekerja mahupun belajar, dua2 pun ada pressure, ada stress, ada cabaran, dan ada dugaan yg tersendiri, tp terpulang pada diri kita sendiri macam mana kita nak handle semua tu. Yela kalau time belajar masalah dr segi esaimen, persekitaran, kawan, lecturer pilih kasih, cinta tiga segi (eh), kewangan. Kalau time bekerja pulak tekanan dr segi persaingan, bos, client, teman sepejabat dsb. Pokoknya harus disiram. Hahaha. Maksudnya point nya kat sini, setiap apa yg kita tgh lalui tu ada tekanan tersendiri dan kita yg kena pandai tackle masalah tu agar tak/ kurang terbeban.




Tp personally, I suka belajar lg rather than work. Hadik2 kalau tgh study tu, baik kau enjoy wey buat kerja2 nakal kau tu, kerja gila kau masa kau belajar. Masuk je alam kau kerja, kau nak buat mcm tu, mmg payah ler. Yela dah bekerja macam2 jenis umur kau jumpa. Pembawakan diri kau pun mesti lain. Hahaha.




Conclusion nya, kita hidup sekali je, jd biar apa pun situasi yg tgh kita hadapi, kita kena berjiwa kental. Sekian.






Terima kasih sbb sudi menyinggah,nanti berkunjung la lagi ya :))

Sunday 28 June 2015

KREATIF DALAM BERSEDEKAH

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

I found this dalam satu group WhatsApp. So, I decided to share here memandangkan I nmpk it is beneficial untuk rujukan kita bersama. Acecece. Sweet tak itteww? Hiks.

Okay, let's get started

Kreatif Dalam Bersedekah

1) Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang lain yang ingin memakainya di saat solat (amalan biasa di masjid2 Arab Mekah & Madinah)



2) Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak tersebut & sedekahkan wang tersebut.

3) Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, utk disumbangkan kpd ank yatim & org miskin.

4) Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing2 yg dtg.



5) Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1@2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (org tua, sakit, kanak2 dsb).

6) Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil, kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarlah baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

7) Sedekahkan Al-Fatihah kpd kedua ibu bapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yg telah meninggal.

8) Belilah mushaf (al-quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akn kamu dapat daripada setiap huruf bg mereka yg membacanya.



9) Berikanlah perasaan gembira kpd setiap org, khususnya kpd mereka2 yg sdg ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10) Lemparkanlah senyuman kpd org yg kamu temui, berilah salam kpd org yg duduk & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

11) Jgn  biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap org yg telah berbuat jelek kpdmu dr menghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

12) Sentiasa sediakan wang kecil dalam dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.




Semoga ianya memberi manfaat kpd kita semua. 


Terima kasih sbb sudi menyinggah,nanti berkunjung la lagi ya :))