Sunday 28 June 2015

KREATIF DALAM BERSEDEKAH

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

I found this dalam satu group WhatsApp. So, I decided to share here memandangkan I nmpk it is beneficial untuk rujukan kita bersama. Acecece. Sweet tak itteww? Hiks.

Okay, let's get started

Kreatif Dalam Bersedekah

1) Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang lain yang ingin memakainya di saat solat (amalan biasa di masjid2 Arab Mekah & Madinah)



2) Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak tersebut & sedekahkan wang tersebut.

3) Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, utk disumbangkan kpd ank yatim & org miskin.

4) Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing2 yg dtg.



5) Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1@2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (org tua, sakit, kanak2 dsb).

6) Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil, kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarlah baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

7) Sedekahkan Al-Fatihah kpd kedua ibu bapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yg telah meninggal.

8) Belilah mushaf (al-quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akn kamu dapat daripada setiap huruf bg mereka yg membacanya.



9) Berikanlah perasaan gembira kpd setiap org, khususnya kpd mereka2 yg sdg ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10) Lemparkanlah senyuman kpd org yg kamu temui, berilah salam kpd org yg duduk & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

11) Jgn  biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap org yg telah berbuat jelek kpdmu dr menghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

12) Sentiasa sediakan wang kecil dalam dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.




Semoga ianya memberi manfaat kpd kita semua. 


Terima kasih sbb sudi menyinggah,nanti berkunjung la lagi ya :))

No comments:

Post a Comment